Program bimbingan dalam tempoh 2-3 bulan ada 5 kelas termasuk Pro Workshop untuk anda — sama ada newbie atau pernah mengalami kerugian. Kami bantu anda bina pelan tindakan sebenar dengan disiplin, bukan sekadar nasib.
Ramai pelabur dan trader di Malaysia melalui kitaran yang sama — bayar kelas mahal, kemudian sedar masih banyak perkara tak faham. Bila nak belajar topik lain, kena bayar lagi. Bila nak sambung “advance class”, kena upgrade. Bila nak join sesi ulangan atau bengkel tambahan, ada caj lain pula.
Akhirnya, modal pelaburan habis bukan sebab rugi di pasaran, tapi habis pada yuran yang tak henti-henti. Lebih teruk, ramai yang keluar dari kelas dengan harapan tinggi, tetapi bila buka carta sendiri, masih keliru nak entry di mana. Lepas itu, kena cari kelas lain lagi — dan kitaran terus berulang.
Cara dan Pendekatan Kami Untuk Bantu Anda
Tiada Modul Tersembunyi. Tiada Rahsia. Tiada Caj Berlapis.
Tidak ada model “bayar lagi untuk level seterusnya” — mula dengan asas murah, kemudian caj tambahan untuk strategi, kemudian caj lagi untuk advanced. Akhirnya, pelabur habis ribuan ringgit hanya untuk topik yang sepatutnya disatukan dari awal.
Jika anda perlukan ulangkaji atau mahu kukuhkan kefahaman, anda tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Anda boleh hadir ke program mentoring yang diadakan dua kali selepas Pro Workshop — tanpa bayaran tambahan. Ini memastikan anda dapat tanya soalan, dan perbaiki kelemahan secara berperingkat.
2 Sesi Mentoring Tambahan
Anda boleh hadir semula ke program mentoring yang diadakan dua kali selepas program utama — tanpa bayaran tambahan.
Akses ke Group Khas Peserta
Dimasukkan ke dalam group khas untuk perbincangan, perkongsian idea, soalan teknikal, dan update penting.
Rujukan Video Untuk Ulangkaji
Disediakan rakaman dan video panduan supaya anda boleh ulang semula topik yang penting pada bila-bila masa.