Oleh: Fakhruddin Fazil, Remisier M+ Global & Penganalisis Bertauliah (MSTA, CFTe)
Ramai pedagang (trader) hari ini terlalu taksub mencari ‘Holy Grail’ dalam setup entry terbaik — menanti garisan moving average bersilang sempurna, RSI oversold di paras magis, atau mencari pattern breakout yang dijamin untung.
Namun, mengikut legenda trading dunia, Stanley Druckenmiller, kunci sebenar kejayaan bukanlah pada teknik entry itu.
“Position sizing menyumbang 70–80% kepada kejayaan seseorang trader.”
Ini bermakna, walaupun sistem trading anda hanya biasa-biasa, anda masih boleh mencapai keuntungan konsisten jika pandai mengurus Position Sizing — iaitu, berapa banyak modal yang anda sanggup risikokan setiap kali masuk pasaran. Saya dapati kegagalan utama trader Malaysia ialah kegagalan mengurus risiko. Kita perlu faham:
Kelebihan dalam Pasaran+ Position Sizing = Hasil Konsisten
Dalam dunia trading, kerugian pasti berlaku. Yang membezakan trader profesional dan amatur ialah cara mereka menguruskan kerugian tersebut. Satu kesilapan besar yang sering dilakukan trader ialah over-size posisi apabila mereka terlalu yakin dengan sesuatu setup. Kononnya peluang ini besar, jadi patut all-in.
Hakikatnya, lagi besar posisi, lagi tinggi tekanan emosi. Apabila harga mula bergerak melawan arah (walaupun sementara), perasaan panik akan datang. Tangan mula gatal nak tutup posisi awal, dan segala disiplin yang dipelajari hilang begitu sahaja.
Trader yang bijak bukan yang ‘berani mati’, tetapi yang memastikan setiap kerugian masih mampu ditanggung tanpa trauma sehingga menjejaskan modal keseluruhan dan kehidupan harian. Dalam trading, yang penting bukan siapa paling pantas mencipta keuntungan — tetapi siapa paling lama bertahan dalam market.
Berapa banyak unit saham yang patut dibeli?
Mengambil saiz posisi terlalu besar (over-size) boleh menghanguskan akaun anda dalam satu trade yang gagal. Mengambil saiz terlalu kecil pula menjadikan akaun anda stagnant.
Formula pengiraan Position Sizing memastikan dua perkara:
Anda tidak akan rugi lebih daripada yang anda sanggup.
Anda dapat mengawal emosi kerana risiko sudah diset dan dikawal.
Jom kita teliti formula asas yang digunakan oleh trader profesional.
Pengiraan saiz posisi adalah proses matematik yang mudah dan melibatkan tiga langkah yang jelas.
Langkah pertama yang paling penting ialah menentukan peratusan modal keseluruhan akaun yang anda sanggup rugi untuk setiap trade. Ini dipanggil Modal Risiko.
🔑 Peraturan 1%–5%
Kebanyakan fund manager profesional di seluruh dunia menggunakan peraturan 1% hingga 3% daripada jumlah modal akaun. tapi anda boleh set makasimum 5% , bergantung kepada tahap risiko yang anda sanggup ambil
Jika Modal Anda RM10,000:
Risiko 1% = RM100.
Risiko 5% = RM500.
Ini bermakna, jika trade itu gagal, kerugian maksimum anda adalah RM100 atau RM500. Angka ini adalah Modal Risiko anda dalam Ringgit Malaysia (RM).
Jarak kerugian adalah perbezaan antara Harga Entry saham dan Harga Stop Loss saham tersebut. Ini adalah risiko anda dalam setiap unit saham.
Jarak Kerugian = Harga Entry – Harga Stop Loss
Contoh Pengiraan Jarak Kerugian, Anda mahu membeli saham ABC:
Harga Entry: RM1.00
Harga Stop Loss (Sokongan Penting): RM0.90
Jarak Kerugian Seunit: RM1.00 – RM0.90 = RM0.10
Setelah anda mendapat Modal Risiko (Langkah 1) dan Jarak Kerugian (Langkah 2), anda boleh mengira Position Size (Jumlah Unit Saham) yang patut anda beli.
Position Size (Unit Saham) = Modal Risiko (RM) / Jarak Kerugian Seunit (RM)
Position Size = RM100.00 / RM0.10
Position Size = 1,000 Unit Saham
💡 Kenapa 1,000 unit?
Jika trade ini gagal dan anda terpaksa jual pada harga Stop Loss RM0.90, kerugian anda adalah:
1,000 Unit / (RM1.00 - RM0.90) = RM100.00
Ini tepat sama dengan 1% Modal Risiko yang anda tetapkan pada Langkah 1. Akaun anda selamat!
Position Sizing bukan tentang menyekat potensi keuntungan anda, sebaliknya ia adalah kunci untuk berkonsisten dan bertahan lama dalam pasaran.
Jika anda rasa setup itu strong, anda boleh naikkan risiko kepada 2%.
Jika setup itu lemah atau berisiko tinggi, anda boleh turunkan risiko kepada 0.5% atau abaikan.
Formula ini membolehkan anda trade mengikut matematik dan disiplin, bukannya emosi.
Jika anda kuasai position sizing, anda boleh kawal risiko, membina konsistensi, dan membiarkan keuntungan berganda seiring masa. Dan dalam dunia trading, yang bertahan paling lama, itulah “the real winner”.
Nak kuasai Position Sizing dan pelbagai teknik Risk Management lain yang terbukti berkesan?
Dalam Trader Development Program atau Bimbingan 1-to-1, anda akan belajar cara:
✅ Mengira risiko mengikut modal anda sendiri (dan bukan ikut emosi).
✅ Menggunakan position sizing yang betul (dan bukan lot gajah).
✅ Membina sistem trading yang kukuh dan tahan lama.
Jangan biarkan emosi menguasai modal anda. Kawal risiko, dan keuntungan akan menyusul.
Berminat untuk mendapatkan blueprint sistem trading yang berdisiplin?
➡️ Layari www.sahamoncatalyst.com untuk melihat program pendidikan yang ditawarkan.
Atau, Buka Akaun CDS dengan saya untuk bimbingan market insight secara eksklusif.