Oleh: Fakhruddin Fazil, Remisier M+ Global & Penganalisis Bertauliah (MSTA, CFTe)
Laporan kewangan Seagate dan Western Digital menunjukkan sektor storan global sedang memasuki kitaran menaik baharu. Pemacu utama bukan lagi HDD tradisional, tetapi High-Capacity Nearline HDD (20TB–30TB+) yang digunakan dalam pusat data dan aplikasi AI.
Ini bermaksud tidak semua syarikat HDD Malaysia akan mendapat kesan yang sama. Hanya mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan Nearline / HAMR akan menerima manfaat segera.
Status: Positif
Pendedahan terus kepada Nearline 20–30TB. Permintaan Seagate & WD untuk Mass Capacity Drives meningkat. Laporan Dufu menyatakan permintaan kukuh untuk Nearline Enterprise HDDs (20–30TB), sama seperti model yang kini melonjak dalam pasaran global. Bila Seagate meningkatkan pengeluaran HAMR (30TB+), volume kepada pembekal seperti Dufu dijangka meningkat.
Risiko: Faktor forex; pengukuhan Ringgit boleh mengurangkan keuntungan diterjemah kepada MYR.
Status: Positif
Segmen HDD/SSD meningkat 33.5%. Pengurusan menyatakan mereka sedang bersedia untuk teknologi HAMR. Teknologi HAMR ialah asas kepada platform Mozaic 3+ Seagate, yang menjadi pemacu permintaan AI Data Center.
Faktor tambahan: Margin EMS menunjukkan pemulihan, mengukuhkan asas pendapatan.
Kerugian bersih RM18.9 juta. Tidak menghantar sebarang Nearline unit dalam suku laporan. Proses kelayakan dijangka siap Januari 2026. Sesuai untuk pandangan jangka sederhana jika mereka berjaya memasuki pasaran Nearline tahun depan.
Forex USD/MYR
Semua syarikat eksport. Jika USD melemah (cth 4.55 → 4.23), revenue dalam Ringgit akan kelihatan lebih rendah walaupun volume naik.
Risiko Tarif AS / Geopolitik
Dufu & Notion mengingatkan ketidaktentuan tarif boleh mengganggu aliran pesanan walaupun permintaan AI kekal tinggi.
Berdasarkan Data dan Financial report:
Notion VTec – pendedahan kepada HAMR + pertumbuhan kukuh.
Dufu Technology – penerima manfaat paling langsung untuk Nearline.
Turnaround Play: JCY – bergantung sepenuhnya kepada kemasukan ke segmen Nearline pada 2026.
Penafian: Ini adalah perkongsian maklumat berdasarkan laporan kewangan dan bukan saranan beli/jual.
Jika anda rasa analisis seperti ini membantu, boleh sertai Telegram saya untuk maklumat saham percuma.